Wednesday 13 January 2016

[Food & Recipe] Apam (& Kek) Pisang Gula Hangus

Last week, Farrah Aiza ada bagi gula hangus 4 bekas kecik. Lebihan dari kenduri kawin adiknya. Thanks Farrah.

Mula-mula ingat nak buat kek gula hangus. Lepas tu ternampak pisang yang dah naik lebam atas meja. Tak baik membazir kan, so buatlah apam pisang.

Kebiasaannya kalau buat apam pisang, saya guna fresh milk dan gula perang granule biasa tu. Sebab dah ada gula hangus, saya omit fresh milk dan gula. Janji bahan cecair sedang-sedang elok sukatannya. Kalau letak kedua-dua fresh milk dengan gula hangus, terlampau cair pulak nanti adunan nya.

Bila takde fresh milk, mungkin kurang rasa lemak-lemak kan? Jadi, instead of guna minyak masak, saya guna butter yang dicairkan. 

Apam ni saya buat hujung minggu lepas. Hari Isnin bawak ke ofis nak jamu kawan-kawan. Tup-tup berjamu dalam kereta! Jalan jem. Perut lapar. Nampak apam melambai-lambai mintak di makan hehe.



Bahan-bahan
1. 1 1/2 cawan pisang - dilenyek
2. 1 1/2 cawan gula hangus
3. 2 biji telur
4. 1 cawan mentega cair
5. 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
6. 2 sudu teh baking powder

- Panaskan kukusan.
- Pukul telur hingga kembang. Ketepikan.
- Satukan pisang lenyek, gula hangus dan mentega cair. Kacau sebati.
- Masukkan telur yang telah dipukul tadi.
- Masukkan tepung dan baking powder. Kacau sebati.
- Sudukan ke dalam cawan kertas, separuh penuh. Atau jika mahu lebih mudah, tuang semua ke dalam acuan besar.
- Kukus 10-15 minit jika menggunakan cawan kertas, atau 30-40 minit jika menggunakan acuan besar.

Semalam ada kawan di ofis hint-hint nak makan apam pisang. Saya kata tak boleh janji sebab now Kakak dan Iman dah tusyen malam, agak kelam-kabut jadinya. Saya sampai rumah pun dah jam 7:30 malam. Apapun, rezeki dia. Dapat selit masa buat Baked Pasta dengan Apam Pisang Gula Hangus.

Tapi.

Tengah-tengah godek bahan-bahan buat apam, saya dilanda kemalasan nak keluarkan steamer. So, tukar rancangan. Maka bertukarlah Apam Pisang Gula Hangus menjadi Kek Pisang Gula Hangus. Cuma tambahkan tepung dari 1 1/2 cawan kepada 1 3/4 cawan. 
  


Alhamdulillah. Lembut. Not too spongy and not too densed either.



 

No comments:

Post a Comment