Friday 15 January 2016

[Food & Recipe] Baked Bowties with Potato

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Actually the name is farfalle but better known as bow-tie pasta.

According to Wikipedia,
"The name is derived from the Italian word farfalla (butterfly). The "e" at the end of the word is the Italian feminine plural ending, making the meaning of the word "butterflies"
 
Dilema biasa kaum wanita - tak tau nak masak apa.
I think this is not just me hehe.
 
Kebiasaan saya akan prepare bahan untuk bekal anak-anak malam sebelum. Atau kalau ambik masa lama nak masak, saya masak terus sebelah malam. Malam hari tu macam tu lah. Nak prepare bahan. No idea. Takde idea nak bekalkan apa.
 
Buka cabinet dapur, nampak bow-tie pasta ni.
 
Buka fridge, nampak whipping cream that has been sitting there for quite sometime.
 
Tengok troli tepi fridge, nampak kentang dah mula bertunas.
Check semula cabinet dapur, nampak ada 2 tin lagi sos pasta.

So kita buat pasta bakar. Senang. Dan kenyang.


 
 
Sama lebih kurang sebenarnya macam masak lasagne. Cuma saya tambah kentang. Dan saya tak buat 2 jenis sos i.e. sos merah dan sos putih. Campur je jadi satu jenis sos.
 
 
Bahan-bahan
1. 3 cups bowties
2. 1 1/2 (450gm) tin sos spaghetti tomato (saya guna jenama Prego yang cendawan - 300gm/tin)
3. 1 kotak (200ml) whipping cream (saya guna jenama Emborg)
4. 2 biji telur
5. Garam
6. Lada sulah
7. 100gm daging kisar
8. 1 biji kentang
9. Keju parut
 
- Rebus pasta hingga lembut. Toskan.
- Kupas kentang, hiris nipis-nipis.
- Dalam satu bekas, satukan bahan 2 hingga 6. Kacau sebati.
- Masukkan pasta tadi, daging kisar dan kentang. Kacau hingga bercampur sebati.
- Tuang dalam loaf-pan. Tabur keju parut di atas.
- Bakar dalam oven 160d, api atas bawah, fan on selama 30-40 minit.

Before. Just before masuk oven. I sprinkled just a bit of cheese. Too much cheese buat tekak saya cepat muak.
 
Kentang hiris nipis.
Tips: Guna peeler untuk dapatkan hirisan yang betul-betul nipis dan sekata.

Saya bakar the night before. Agak tergaring atas tu. Sebok sidai kain sampai lost track of time hehe. Leftover pasta ni saya bekukan. Boleh top-up bekal on other days. Just microwave for 4 minutes.
 
Have a good weekends everyone.
Till then.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment