Saturday 30 January 2016

[Food & Recipe] Mini Sausage Rolls & Cranberry Cream Cheese Buns (eggless)

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu everyone. I am taking my own sweet time in house-chores department this weekend. My leave starts next week, insyaAllah I have ample time to catch up with Mt St Laundry and all. I hope!

Tengahari tadi had lunch at Restoren Mohd Chan Abdullah (RMCA) Bangi, and since my baking supplies been running low for the longest time now, we popped in Bake With Yen, just next door with RMCA.

Having bought the essentials, terus dapat order dua benda nak bake.
One is Blueberry Cheese Cake (with Jelly on top, as requested by Ah Boi)
Another one is Cranberry Cream Cheese Buns.

I decided to give the buns a go first. Esok baru buat kek.

Kali ni try resepi tanpa telur. And I change the recipe a bit. Ni basic doh roti. Dah buat doh ni, boleh lah nak dipelbagaikan.

1. 300 gm tepung roti
2. 300 gm tepung 'all purpose'
3. 80 gm susu tepung
4. 100 gm gula
5. 1 sudu the garam
6. 11 gm yis kering (1 peket jenama mauripan)
7. 60 gm unsalted butter
8. 20 ml minyak masak
9. 250 ml susu

- Masukkan semua bahan ke dalam mixer.
- Gunakan hook doh.
- Uli selama 10 minit.
- Tutup doh dengan kain, biarkan mengembang sehingga satu kali ganda.

Sementara menunggu doh mengembang (kebiasaannya kira-kira 40 hingga 60 minit, bergantung kepada keadaan cuaca dan suhu), celur sausage, kemudian toskan. Sediakan juga inti untuk Cranberry Cream Cheese Buns.

Inti Cream Cheese
1. 150gm cream cheese
2. 1/4 lemon diperah
3. 2-3 sudu makan gula pasir

- Campurkan dan gaul rata semua bahan.

Apabila doh cukup kembang, bahagikan kepada dua bahagian, masing-masing untuk Sausage Roll dan Cranberry Cream Cheese Buns.

Untuk Sausage Roll,
- Bahagi-bahagikan doh kira-kira 60-100 gm setiap satu.
- Uli doh secara memanjang.
- Lilitkan pada sausage.
- Susun dalam baking tray yang telah ditabur dengan tepung. (saya guna loaf pan)

Untuk Cranberry Cream Cheese Buns,
- Campurkan kira-kira 1/2 cawan cranberry kering dan uli dengan doh tadi.
- Bahagi-bahagikan doh kira-kira 60-100 gm setiap satu.
- Leperkan dan letak kira-kira satu sudu teh inti cream cheese di tengah-tengah.
- Tutup doh dan bulatkan seperti bola. Tekan sedikit untuk meleperkannya.
- Susun dalam baking tray yang telah ditabur dengan tepung. (saya guna baking tin)

Biarkan adunan mengembang sekali lagi, kira-kira 20 minit. Pastikan ditutup dengan kain.
Apabila cukup kembang, sapukan 'eggwash' di atas.

Bakar dengan suhu 160d, api atas bawah, fan on. (lain oven, lain ragamnya, kita perlu kenal sendiri oven kita coz suhu dan tempoh membakar vary from oven to oven).

Cranberry Cream Cheese Buns
The inside. Fluffy enough to my liking.

Sausage Rolls. Definitely not among the best shaped rolls in my history of Sausage Rolls making!
The inside. Gebu dan lembut.


 

No comments:

Post a Comment