Wednesday 2 March 2016

[Love of My Life] More Than Just a Special Child


Assalamualaikum.
Peace be upon you.

Takdir Allah kami dikurniakan anak istimewa.
Pernah satu ketika, dia tanya..
Anak istimewa itu apa?
Saya tak tahu macamana nak cakap.
Saya menangis dalam hati.

Dia anak yang lurus. Tulus.
Dalam hati tiada prasangka buruk.

Dia juga anak yang 'manis'
'Sweet'.. bak kata orang sekarang.

Diajar usah sakiti orang lain, itu salah.
Biarpun disakiti, dikata macam-macam dek kawan-kawan.
Dia tak melawan.
Itu salah, sakiti orang lain.
Itu salah, berkata buruk pada orang lain.
Habis-habis pun, dia menangis.

Kalau makan, dia tinggalkan sebahagian untuk saya, ummi nya.
Kalau dah tinggal sikit, dia tanya apa saya masih mahu.
Like any mothers, ofkos saya kata taknak.
Dia tetap tinggalkan sedikit untuk saya.

Hari ini dia dibuli (lagi).
Hati saya panas. Jiwa kacau.
Kalau tadi saya berjumpa dengan si pembuli, mungkin dah create a scene.
Alhamdulillah tak jumpa.

Bawa pergi makan cendol. Saya cakap bagi Abang calm down.
Tapi sebenarnya saya sendiri wanted to calm myself down.
Order cendol 2. Rojak 1.
Dalam rojak ada telur sebelah.
Ummi nak telur?
Taknak. Abang makanlah.
Dia tinggalkan juga secuit telur merah.

Saya tolak keropok-keropok dalam rojak.
Ni sedap. Abang makan lah.
Dia makan. Tinggalkan sedikit untuk saya.
Abang makanlah semua. Ummi tak mau.
Ummi kan tadi kata ni sedap. Ummi makanlah.

Hati saya tersentuh.
Tadi rasa jiwa panas.
Tiba-tiba sejuk.

Allah kurniakan dia kepada saya untuk saya belajar banyak perkara.
Hal urusan hidup dan kasih sayang.
Alhamdulillah.


Ditaip dengan linangan airmata.




4 comments: